Kuark atas

Kuark atas, ditandai t, merupakan perisa kuark yang berada dalam generasi ketiga bersama kuark bawah. Kuark atas bercas elektrik +2/3 e, dan seperti kuark-kuark lain, ia mempunyai cas warna merah, biru atau hijau.Nombor kuantum atas dikaitkan dengan kuark ini. Kuark ini mereput kepada kuark-kuark lebih ringan, kadang-kadang juga bersama lepton, menerusi salingtindak lemah. Atas hanya diabadikan dalam salingtindak kuat dan keelektromagnetan (dan graviti).Antizarah bagi kuark atas ialah antikuark dengan perisa antiatas, bercas elektrik -2/3 e (dan dengan antiwarna antimerah, antibiru atau antihijau).Kuark atas dijangka wujud untuk melengkap generasi ketiga setelah kuark bawah ditemui dalam tahun 1977. Ia akhirnya dilihat dalam perlanggaran proton di Fermilab, Amerika Syarikat pada tahun 1995. Penemuannya mengambil masa yang lama oleh kerana ia sangat berat berbanding dengan kuark bawah.